Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini tidak yakin pemilik kelab akan menerima bidaan €20 juta untuk Santi Cazorla.
Cazorla, 27, pemain antarabangsa Sepanyol, menyertai Malaga namun kelab berbelanja besar itu kini mengalami masalah kewangan termasuk gaji dan bonus tertunggak. Dilaporkan bahawa Arsenal telah bersetuju terma dengan pemain sayap ini, yang dilaporkan meminta kebenaran untuk meninggalkan Malaga dan bakal membuat urusniaga €20 juta.
Arsene Wenger kemudian menafikan perpindahan ini hampir dipersetujui namun the Gunners bukan satu-satunya kelab yang diketahui berminat dengan pemain ini dan memandangkan Malaga ketika ini tidak boleh membeli pemain, difahamkan mereka mahu melepaskan pemain untuk mengatasi masalah hutang dengan seberapa segera yang boleh.
Namun selepas layak ke Liga Juara-juara, Pellegrini percaya pemilik kelab tidak akan menerima apa yang dianggapnya sebagai tawaran yang rendah.
"Ada tawaran, seperti mereka kata, untuk Santi Cazorla," kata Pellegrini di sidang media. "Untuk menjualnya €20 juta, ia seperti diberikan percuma. Saya tak fikir kelab berhasrat berbuat begitu.
"Saya banyak berbincang dengan [naib presiden] Abdullah Ghubn dan dengan keluarga sheikh dan ia bukan mewakili mentaliti mereka. Ia akan menghantar isyarat yang salah menjelang kempen Liga Juara-juara kami.
"Jika tawaran yang menarik muncul untuk pemain ini, ia ajar untuk dipertimbangkan tapi saya tak fikir Santi akan pergi dengan harga €20 juta."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan