Ketua jurulatih West Brom, Steve Clarke telah memaklumkan bahawa Shane Long bukan untuk dijual.
Penyerang Republik Ireland itu dikatakan bakal berpindah ke kelab lamanya, Reading, yang sedang memperkuatkan skuad mereka selepas memenangi kenaikan divisyen ke Liga Perdana Inggeris.
Long segera menjadi pemain kesayangan peminat di the Hawthorns selepas dibeli pada musim panas lepas, dengan pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan lapan gol dalam musim pertamanya di kelab.
"Kami tidak menerima apa-apa untuk Shane," kata Clarke.
"Tiada tawaran dan dia bukan untuk dijual. Dia 100 peratus dari perancangan saya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan