Ahad, 22 Julai 2012

O`Neill;Sunderland perlu striker berpengalaman



ONeill mahu beli penyerang berpengalaman.

Pengurus Sunderland, Martin O'Neill kini di pasaran untuk striker yang berpengalaman bagi menyokong Ji Dong-Won dan Connor Wickham.

The Black Cats telah menjual bintang Ghana, Asamoah Gyan ke Al Ain, manakala pemain pinjaman, Nicklas Bendtner kembali ke Arsenal.

Oleh itu, O'Neill mengesahkan bahawa dia berniat menambah striker baru sebelum permulaan musim Liga Perdana tetapi enggan mendedahkan sasaran.

"Sudah tentu kami perlu membawa striker lain dan saya tak boleh menyebut nama," kata O'Neill. "Tapi kami akan cari striker berpengalaman yang boleh membantu pemain muda seperti Ji dan Wickham."

O'Neill menambah bahawa striker Korea Selatan, Ji masih dalam perjalanan untuk tempat skuad utama walaupun penyertaan di Sukan Olimpik yang akan datang.

Kemasukan Ji ke dalam skuad Korea untuk kejohanan di London bermakna dia akan terlepas kebanyakan kempen pra-musim Sunderland, termasuk Piala Keamanan di negaranya.

"Saya akan memberinya peluang selepas dia kembali dari Sukan Olimpik, kami akan ada lebih banyak perlawanan selepas Piala Keamanan," tambah O'Neill.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan