Sabtu, 28 Julai 2012

United sedia untuk langkah Baines



Baines... Keutamaan bagi Sir Alex Ferguson.

Manchester United bersedia membuat langkah untuk Leighton Baines, namun telah menetapkan had £12 juta dalam cubaan menandatangani bek Everton itu.

Laporan menyebut bahawa pembelian Baines kekal sebagai keutamaan untuk Sir Alex Ferguson ketika dia dilihat mahu mendapatkan pengganti jangka panjang untuk Patrice Evra yang berusia 31 tahun.

Minat dari Old Trafford belum lagi melepasi rundingan tidak formal tetapi United bersedia meningkatkan pengejaran mereka dan mungkin membuat tawaran rasmi pertama mereka pada minggu hadapan.

Namun, juara liga 19 kali itu tidak bersedia membayar melebihi £12 juta bagi pemain yang Everton nilai £17 juta dan telah memutuskan mengehadkan pakej gaji mereka kepada £80,000 seminggu.

Everton sedia menawarkan Baines kontrak yang lebih baik untuk mengekalkan pemain itu, yang mana pengurus David Moyes menganggapnya sebagai aset yang penting dalam perancangannya.

Baines, 27, tersenarai dalam skuad terbaik tahunan PFA tahun ini berikutan kempen cemerlang dalam musim 2011/12 dan sistem Everton dibina di sekitar bek kiri tersebut. Dia juga merupakan pakar set-piece di dalam pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan