Ahad, 22 Julai 2012

Skrtel;Banyak kelab dekati saya


Skrtel maklumkan terima beberapa tawaran.

Bek Liverpool, Martin Skrtel mengakui menerima tawaran berpindah ke kelab lain dan berkata, "Macam-macam boleh berlaku."

Spekulasi menyebut bahawa Manchester City berminat menandatangani pemain antarabangsa Slovakia itu walaupun ejennya, Karol Csonto, sebelum ini menegaskan pemainnya kekal di Anfield.

Skrtel, yang menyertai Liverpool dari Zenit St Petersburg dengan harga £6 juta pada 2008, berkata: "Saya pemain Liverpool kerana saya ada kontrak yang sah di sini."

"Ada beberapa tawaran (dari kelab lain), tapi tanpa kebenaran Liverpool, tiada apa yang boleh berlaku. Kami mengadakan rundingan mengenai kontrak baru, tapi ia tak diputuskan lagi."

"Ketika ini saya pemain Liverpool, dan apa berlaku pada masa akan datang, anda tak boleh jangka. Macam-macam boleh berlaku, tapi buat masa ini saya ada kontrak yang sah, dan apa yang akan datang tetap akan datang."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan