Aston Villa berharap dapat memiliki khidmat pemain antarabangsa Belanda, Ron Vlaar dalam masa terdekat ini.
Pemain berusia 27 tahun itu adalah sebahagian dari skuad Belanda yang mengambil bahagian di Kejohanan Eropah 2012 dan dibenarkan untuk meninggalkan Feyenoord sekiranya ada tawaran yang sesuai.
Vlaar merupakan beberapa pilihan defensif yang sedang dipertimbangkan oleh pengurus baru Villa, Paul Lambert.
Bekas pengurus Norwich itu berharap dapat membawa masuk Danny Simpson dari Newcastle namun menyedari berdepan saingan sengit dari Reading.
Sekiranya bekas pemain Manchester United itu berpindah ke the Royals, Villa akan mengalihkan perhatian mereka terhadap pemain Nottingham Forest, Chris Gunter.
|
Selasa, 17 Julai 2012
Bos Villa Hampir Dapatkan Vlaar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan