Andy Carroll akan menolak minat dari West Ham dan sedia berjuang demi masa depan Liverpoolnya.
Pemain antarabangsa England ini turut diintai oleh Fulham dan Newcastle, namun Carroll tidak mahu meninggalkan Anfield dan berazam untuk menambat hati Brendan Rodgers.
Pengurus Liverpool itu tidak memberikan sebarang jaminan mengenai peranan yang akan diberikan kepada Carroll namun pemain berusia 23 tahun ini sedia untuk cabaran dan akan berbincang dengan Rodgers sekembali beliau dari percutiannya.
Pemilik bersama West Ham, David Gold awal minggu lepas memberitahu perbincangan rasmi belum dilakukan antara kedua-dua kelab tapi mengakui kelab London itu berminat mendapatkan Carroll.
Gold berkata: "Saya tidak tahu sebarang perbincangan di antara kami atau Liverpool mengenai Andy Carroll."
"Tapi ia bukan untuk mengatakan kami tidak berminat sekiranya khidmat beliau tersedia."
|
Isnin, 16 Julai 2012
Caroll Bakal Kecewekan Hammer
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan