Selasa, 24 Julai 2012

Masa depan saya di tangan tuhan



Hulk belum sahkan kelab masa depannya.

Striker Porto, Hulk mengakui masih ragu-ragu mengenai masa depannya di The Estadio do Dragao.
 
Pemain antarabangsa Brazil itu kerap dikaitkan dengan Chelsea minggu-minggu kebelakangan ini, dengan ejen pemain mengakui beberapa kali dia terbuka kepada perubahan permandangan.
 
Wakil Hulk berkata bahawa Porto berazam mengekalkan striker mereka, namun pemain berusia 25 tahun itu masih tidak pasti mengenai masa depannya di kelab.
 
"Masa depan saya di tangan Tuhan," kata striker itu kepada wartawan di kem latihan Brazil di London. "Bila tiba pada isu pemindahan, saya serahkan segala-galanya kepada ejen saya."
 
"Saya fokus kepada pasukan kebangsaan."
 
Menjelang Sukan Olimpik, Hulk menyatakan dia bertekad membantu The Selecao memenangi pingat emas pertama mereka dalam kejohanan bola sepak.
 
"Siapa yang tak mahu jadi juara? Kita tahu tentang sejarah Brazil, itu akan menjadi sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini," tegasnya.
 
"Kami ada kumpulan pemain yang bersatu padu. Kami tak akan teragak-agak, kami semua sangat fokus."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan