Liverpool kini bersedia untuk bersaing dengan Chelsea dalam pemburuan pemain sayap Arsenal, Theo Walcott.
Walcott hanya berbaki setahun dalam kontrak bersama Gunners dan dia bakal mengikuti jejak Robin van Persie dengan mencari langkah keluar Stadium Emirates jika kelab tidak meningkatkan gaji kepada £100,000 seminggu.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu mengekalkan Walcott, yang menjadi pemain terbaik perlawanan England menentang Sweden di Euro 2012, namun sesetengah ahli lembaga kelab bersedia untuk menjualnya.
Bos Reds, Brendan Rodgers menilai langkah £15 juta dan boleh menggunakan wang hasil penjualan Andy Carroll untuk membayar perjanjian itu.
Sebagai pemain sayap pantas dengan visi menjaringkan gol, Walcott mungkin sesuai dengan gaya permainan pilihan Rodgers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan