Rabu, 18 Julai 2012

Kenari tertekan, Tok Gajah intai peluang



Kenari tertekan, Tok Gajah intai peluang
Kuota terakhir Liga Super, Kenari tertekan, Tok Gajah intai peluang
SEGALA teka-teki mengenai pasukan manakah bakal mengisi satu slot terakhir layak ke saingan Liga Super 2013 bakal terjawab malam ini.

Bekas juara liga dua kali, Kedah bakal membuat perhitungan dengan naib juara Liga Perdana musim ini, Pahang pada aksi final play-off di Stadium Hang Jebat, Melaka bagi melengkapkan kuota senarai 12 pasukan bertanding.

Bagi skuad Hijau Kuning, mereka pastinya tertekan dan enggan kembali beraksi di kancah Liga Perdana sejak kali terakhir bergelumang pada 2006 manakala Tok Gajah pula tidak mahu melepaskan peluang kedua layak bersaing dengan  kelompok pasukan elit negara pada musim baharu Liga Super musim akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan