Penjaga gol Chelsea, Petr Cech berharap kelab dapat menemui "keseimbangan yang betul" dari gabungan pemain muda dan pemain berpengalaman ketika menuju ke musim baru.
The Blues dikritik kerana skuad berusia mereka sejak beberapa musim lepas namun penghijrahan pemain berusia 34 tahun, Didier Drogba ke China dan ketibaan Edin Hazard (21) dan Marko Marin (23) menjadi isyarat bakal permulaan era baru di Stamford Bridge.
Cech sendiri bukanlah pemain muda dengan penjaga gol Republik Czech ini menghampiri usia 31 tahun dan beliau berharap pengurus Roberto Di Matteo dapat mencari ramuan yang betul ketika mereka bersiap-sedia mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
"Penting untuk pasukan memiliki pemain baru, pemain dan pemain berpengalaman," ujar Cech.
"Saya berharap kami dapat menemui keseimbangan yang betul untuk mengharungi musim dan meraih kejayaan."
Penjaga gol ini mungkin menjadi salah seorang pemain yang akan diketepikan untuk memberi peluang kepada pemain muda dengan Thibaut Courtois telah dibeli musim panas lepas walaupun pemain Belgium itu masih ada semusim pinjaman lagi di Atletico Madrid untuk diselesaikan manakala Cech percaya masih banyak yang boleh beliau sumbangkan kepada kelab.
"Di kelab besar, mereka sentiasa membeli pemain terbaik untuk setiap posisi, ia terpulang kepada anda untuk mempertahankan tempat anda," tambahnya.
"Apabila sampai masanya ia akan muncul tapi saya percaya masih banyak yang boleh saya sumbangkan dan saya akan cuba dan mengekalkan tempat saya untuk empat tahun lagi."
|
Selasa, 17 Julai 2012
Cech Berminat Dengan Keseimbangan Betul
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan