Rabu, 18 Julai 2012

Balzaretti hanya mahu sertai PSG


Balzaretti hanya akan dilepaskan untuk PSG.

Naib presiden Palermo, Guglielmo Micciche mendedahkan Federico Balzaretti hanya akan meninggalkan kelab untuk Paris Saint-Germain.
 
Balzaretti, 30, baru-baru ini telah dikaitkan dengan Juventus, Lazio dan AC Milan selepas mengagumkan bersama Itali di Euro 2012.
 
Micciche menganggap yang Balzaretti kini dalam permintaan musim panas ini tetapi menegaskan bahawa bek kiri itu tidak berminat menyertai mana-mana kelab Itali yang lain.
 
"Kami mahu kekalkannya, dia selalu berkata bahawa jika dia meninggalkan Palermo, dia hanya akan sertai PSG," kata Micciche.
 
"Kini, itu tak boleh dilakukan kerana PSG tak bertanya mengenainya."
 
"Kelab lain telah menyatakan minat, tapi tawaran mereka ditolak, kerana jika dia tak pergi ke PSG, maka dia akan kekal di Palermo."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan