Chelsea telah menyaksikan tawaran £26 juta mereka untuk pemain perancang, Willian ditolak, menurut kata pengurus Shakhtar Donetsk, Mircea Lucescu.
Willian telah dikaitkan dengan pemenang Liga Juara-juara itu musim lalu sejak 12 bulan kebelakangan ini, dengan Chelsea mempunyai tawaran £16.7 juta mereka ditolak Januari lalu. Lucescu mengakui pemain tengah menyerang itu boleh meninggalkan Stamford Bridge, tetapi hanya untuk harga yang sesuai.
"Saya beritahu Willian dia boleh berpindah, tapi hanya jika tawaran yang sesuai dibuat," kata Lucescu. "Dia seorang pemain hebat. Dia adalah pelaburan terbesar dibuat Shakhtar untuk seorang pemain muda, kita perlu hormati itu. Dia hanya bermain tujuh atau lapan perlawanan di Brazil."
Namun Lucescu mempersoalkan penilaian kelab Liga Perdanan itu terhadap pemainnya selepas Shakhtar menolak tawaran £34 juta (£26 juta) buat Willian.
"Mereka bayar wang yang banyak untuk Hazard namun enggan bayar jumlah seperti itu untuk Willian, walaupun pada pendapat saya dia lebih bagus."
"Chelsea mahu beli pemain Brazil namun membuat tawaran dengan nilai pasaran Eropah timur. Mereka tawarkan £34 juta namun kami tak rasa itu nilainya yang terkini," kata Lucescu.
|
Khamis, 19 Julai 2012
Tawaran Chelsea untuk Wilian ditolak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan