Isnin, 30 Julai 2012

Hargreaves berlatih dengan QPR



Hargreaves... Ejen bebas.

Agen bebas, Owen Hargreaves sedang berlatih dengan Queens Park Rangers.
 
Hargreaves, 31, telah mengalami masalah kecederaan berpanjangan sejak empat tahun kebelakangan ini, dan terdapat keraguan samada dia mampu meneruskan karier bermainnya. "Saya tak paksa apa-apa dan jika saya tak boleh kembali ke tahap yang saya pernah nikmati dulu, saya tak mahu main lagi," kata midfielder itu baru-baru ini.
 
Dia telah dilepaskan oleh Manchester United musim panas tahun lalu, dan selepas itu memuat naik video YouTube untuk mendemonstrasi tahap kecergasannya kepada kelab yang berminat. Dia kemudian diberi kontrak oleh Manchester City, namun sepanjang kempen 2011-12 dia membuat hanya empat penampilan, yang terakhir tiba pada Januari, dan dia telah dilepaskan pada penghujung musim.
 
QPR kini telah menawarkan Hargreaves peluang untuk mengekalkan kecergasannya, dengan pengurus, Mark Hughes mencadangkan ada kemungkinan dia akan ditawarkan satu kontrak jika pemain itu berjaya memikat mereka.
 
Hughes berkata melalui laman web rasmi kelab: "Owen sedang berlatih bersama pemain lain. Tiada perjanjian di antara kedua belah pihak. Dia mahu kekalkan kecergasannya dan kami lebih dari gembira untuk benarkan dia berlatih dengan kami dan gunakan fasiliti kami di Harlington."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan