Pengurus Sheffield Wednesday, Dave Jones mengesahkan minatnya membawa Joey Barton ke Hillsborough, sekiranya khidmat midfielder ini boleh didapati.
Barton, 29, diberikan amaran keras terakhir di Queens Park Rangers selepas hukuman buang padang perlawanan terakhir musim lepas, yang menyaksikan dirinya dikenakan hukuman penggantungan 12 perlawanan untuk beberapa tuduhan berkelakuan ganas.
Bagaimanapun diyakini kelab Barat London ini akan gembira untuk melihat Barton menuju ke pintu keluar.
Jones memberitahu: "Jika dia boleh didapati maka dia akan menjadi pemain yang kami pertimbangkan. Perjanjian ini harus menjadi tepat untuk kelab dan untuk Joey."
"Dia ada reputasi tapi sama juga dengan beberapa pemain kami di kelab ini dan ia akan menjadi sesuatu yang cukup bagus dapat membawa pemain berkaliber seperti Joey ke kelab."
"Kami tidak akan dapat menurunkannya untuk 12 perlawanan dan ia sesuatu yang akan kami pertimbangkan."
Barton menyertai QPR secara perpindahan percuma musim panas lepas, selepas dibenarkan meninggalkan Newcastle berikutan perbalahan terbuka dengan pengurusan kelab.
|
Khamis, 19 Julai 2012
Wednesday Berminat Dengan Barton
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan