Selasa, 17 Julai 2012

Gaji Malouda Mungkin Bantutkan Santos



Malouda diminati kelab Brazil

Muricy Ramalho menyedari bahawa Florent Malouda akan menjadi penambahan berkualiti untuk Santos namun mendedahkan permintaan gaji pemain sayap Chelsea tersebut "menakutkan".
 
Pemain berusia 32 tahun itu dijangka bakal meninggalkan Stamford Bridge selepas musim yang bercampur-baur di bawah Andre Villas-Boas dan Roberto Di Matteo.
 
Awal minggu lepas, naib presiden Santos, Odilio Rodrigues mengesahkan sudah ada perbincangan dengan Malouda tapi Ramalho menegaskan pemain antarabangsa Perancis itu mesti berkompromi dengan kelab untuk perpindahan ke Vila Belmiro.
 
"Malouda telah ditawarkan kepada kami," katanya. "Dia pemain yang sangat menari tapi anda jadi takut apabila mereka memberitahu permintaan mereka."
 
"Mereka kata mereka dalam krisis di Eropah tapi mereka menghabiskan begitu banyak wang untuk perpindahan di sana. Dia telah ditawarkan kepada kami tapi apabila anda fikirkan tentang gajinya, ia menjadi sukar."
 
"Dia adalah pemain yang sangat bagus, midfielder gaya lama yang boleh memegang bola dan menetapkan nada serangan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan