Samir Handanovic memberitahu beliau tiada masalah jika Julio Cesar kekal di Inter musim panas ini.
Pemain antarabangsa Slovenia itu menyertai the Nerazzurri awal bulan ini dari Udinese dan segera dijangka menggantikan penjaga gol veteran pasukan, yang mengalami kemerosotan prestasi dalam dua musim terakhirnya di the Giuseppe Meazza.
Bagaimanapun, Handanovic mendakwa beliau tidak ambil endah dengan spekulasi yang melingkari rakan sepasukannya dari Brazil itu: "Tiada masalah jika Julio Cesar kekal. Saya akan terus bermain dan bersikap profesional."
"Jika saya mahu jersi No. 1 Cesar? Ia tak penting pada saya. Saya ada banyak jersi dengan pelbagai nombor di belakangnya."
Handanovic telah diberikan jersi No.21 di Inter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan