Khamis, 26 Julai 2012

Coates:Tiada pembelian ulangan


Coates tegaskan tiada pembelian pemain seperti musim lalu.

Pengerusi Stoke City, Peter Coates menegaskan bahawa Stoke City tidak mampu mengulangi perbelanjaan besar musim panas lalu, kecuali mereka jual seorang pemain.
 
Pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2011, Stoke berbelanja sekitar £20 juta untuk membawa Cameron Jerome, Peter Crouch dan Wilson Palacios ke Stadium Britannia.
 
Namun, Coates tidak yakin dapat melihat prestasi berulang pada musim panas ini, berkata, "Adakah kami akan belanja seperti kami lakukan tahun lepas? Kami tak mampu, dan mana-mana kelab lain saiz kami juga sama. Anda hanya boleh mempunyai skuad dengan saiz yang tertentu, jika tidak, mereka semua berdiri di tepi."
 
"Apa yang elok tentang itu? Jadi anda hanya mahu skuad pada ukuran tertentu dan kami sendiri nyata terlalu besar. Sama untuk kelab-kelab lain. Arsene Wenger berkata dia perlu keluarkan pemain di Arsenal sebelum boleh masukkan yang baru. Kita tiada bezanya. Apa yang kami mahu adalah 25 pemain terbaik, tapi itu mudah untuk dikatakan."
 
Stoke mempersetujui perjanjian £16 juta untuk bek Houston Dynamo, Geoff Cameron, tertakluk kepada permit kerja, namun tidak dijangka akan ada banyak aktiviti lanjutan.
 
Coates menambah, "Kami jangkakan beberapa perubahan sekeliling, tapi bukan dalam jumlah besar. Tapi jika ada yang datang untuk beberapa pemain kami dan ia sesuai, maka kami akan terbuka untuk potensi perjanjian."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan