Isnin, 30 Julai 2012

Perang pasaran EPL masih suram



Perang pasaran EPL masih suram
.
Perang pasaran EPL masih suram
.
Perang pasaran EPL masih suram
Senarai pemain yang dikaitkan dengan perpindahan.
MENJELANG bermulanya saingan Liga Perdana Inggeris 2012/13 yang akan dibuka 18 Ogos nanti, perebutan pemain berstatus bintang sudah tentu menjadi keutamaan kepada semua pasukan.

Kewangan, mengembangkan karier atau ‘disingkirkan’ itulah persoalan bermain dikalangan peminat bola sepak tempatan apabila melihat langkah bintang kelab kesayangan mereka mengambil pendirian menyertai pasukan lain.

Beberapa pasukan rancak mencari pemain baru untuk memperkuatkan pasukan dalam usaha melakarkan kejutan, mempertahankan kejuaran mahupun membuktikan pembabitannya bukanlah sekadar pelengkap jadual liga.

Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Manchester United merupakan pasukan terawal mencari pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan masing-masing dalam usaha melakarkan kejutan, mempertahankan kejuaraan dan memperbaiki pencapaian musim lalu.


LANGKAH AWAL

Arsenal yang dilihat bakal kehilangan peledak utama ‘The Gunners’, Robin Van Persie (RVP) selepas muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 30 gol yang masih enggan menandatangani pembaharuan perjanjian bagi memastikannya terus kekal London.

Ibarat sediakan payung sebelum hujan, langkah jurulatihnya, Arsene Wenger membawa masuk beberapa pemain serangan berkualiti seperti Lukas Podolski (FC Klon) dan Olivier Giroud (Montpellier) adalah tepat bagi memastikan posisi itu tidak kosong sekiranya RVP meninggalkan Stadium Emirates.

‘The Reds’ itulah nama jolokan bagi pasukan Liverpool dibimbing jurulatih barunya, Brendan Rogers yang berjanji membuat transformasi dalam pasukan penuh sejarah dan dibintangi beberapa pemain kebangsaan England.

Mengubah corak permainan dari hantaran jauh yang selama ini diamalkan kepada hantaran pendek, Rodgers dilihat mempunyai tugas yang agak sukar namun masih mampu mengharapkan pengaruh ketua pasukan Steven Gerrad bagi menjayakan corak permainan baru.

Mendapatkan bekas penyerang AS Roma, Fabio Borini bersama Liverpool dan digandingkan dengan penyerang prolifi knya, Luis Suarez adalah langkah awal Rodgers menaikkan semula imej pasukan yang meriah dengan sokongan  padu melalui nyanyian ‘You Never Walk Alone’ setiap kali beraksi oleh peminat.

Saling silih berganti jurulatih saban musim. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan bagi Chelsea dalam saingan musim lalu. Beberapa pemain ternama dari kelab Perancis telah berjaya diikatnya bagi mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2012 dan saingan Liga Perdana kali ini.

Eden Hazard (Lille) dengan nilai perpindahan berjumlah RM40 juta dan Marko Marin (Werder Bremen) RM8 juta bakal beraksi bersama barisan pemain Chelsea yang kini dibimbing oleh Roberto De Matteo.

Bagi Manchester United pula, suasana pembelian di kalangan pemain baru dilihat sedikit suram dengan hanya membawa masuk Nick Powell (Crewe) dan Shinji Kagawa (Borussia Dortmund).

Mungkin masih terlalu awal bagi jurulatihnya, Alex Ferguson untuk mencari pemain yang berpotensi namun jika tiada pemain berkaliber seperti Wesley Sneijder yang kini masih bersama Inter Milan gagal dibawa masuk musim lalu  bagi menggantikan Paul Scholes di bahagian tengah selain posisi pertahanan, perjalanan pasukan ‘The Red Devils’ dilihat sukar untuk berada dalam kelompok 'Big Four'.


MASIH TANDA TANYA

Perebutan pemain kini masih lagi menjadi tanda tanya, walaupun sesetengah pihak pengurusan telah memberi kebenaran untuk mengadakan rundingan perpindahan namun mungkin disebabkan nilai diletakkan terlalu tinggi berbanding bakat mahupun gaji dipinta pemain itu di luar batasan.

Liverpool umpamanya, seolah-olah merestui perpindahan penyerangnya Andy Carroll yang baru enam bulan beraksi di Anfi eld dengan nilai perpindahan (RM15 juta) ke kelab West Ham United.

Malah, bekas kelab lamanya, Newcastle United turut ingin membawanya pulang kembali beraksi di St James Park walaupun pemain itu bertegas mahu terus bersama Liverpool.

Pemain pertahanan pasukan itu, Martin Sktrel juga menjadi tumpuan kelab luar.

Antaranya Manchester City dan Napoli namun pengurusnya, Brendan Rogers tetap mahukan Sktrel terus bersamanya.

Nilai 20 juta pound (RM98 juta) itulah harga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) 2011/2012 Robin Van Persie (RVP) ditetapkan oleh The Gunners jika kelab lain mahu memiliki bintang yang menjaringkan 37 gol dalam semua aksinya bersama The Gunners dan masih mempunyai kontrak setahun dengan Arsenal.

City, United dan Juventus terus berusaha membawa pemain ini beraksi bersama mereka namun sehingga kini belum ada kata putus dari pemain berkenaan walaupun ejen kepada penyerang Belanda itu, Kees Vos telah bersemuka dengan juara Serie A, Juventus dan mendedahkan Van Persie meminta gaji bersih 195,000 pound (RM961,000) seminggu.

Borrusia Dortmund pula meletakkan 35 juta pound (RM172 juta) kepada Chelsea jika mahukan bintangnya, Robert Lewandowski beraksi di Stamford Bridge. ‘The Blues’ sebelum ini dilaporkan telah meningkatkan jumlah bidaan mereka daripada 13 juta pound (RM64 juta) kepada 17 juta pound (RM83 juta) terhadap penyerang Poland itu namun wakil pemain itu, Maik Barthel menyifatkannya tidak sesuai bagi Lewandowski.

Penyerang Poland itu meledak 30 gol musim lalu dan masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Dortmund turut dikaitkan dengan Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester United.

Keengganan Luka Modric menyertai perlawanan pra musim di Amerika Syarikat bersama Tottenham Hotspur seolah-olah memberi gambaran pemain kreatif di bahagian tengah ini ingin mencari angin baru.

Modric dikatakan berbuat demikian kerana memprotes keputusan pengurusan kelab yang enggan melepaskannya untuk berhijrah ke pasukan lain.

Sebelum ini, pengurus Real Madrid, Jose Mourinho bersedia membayar lebih 27 juta pound (RM133 juta) untuk menarik pemain itu ke Santiago Bernabeu.


UBAH HALUAN

Ada pemain yang masuk sudah tentu yang keluar tidak terkecuali, mungkin ingin membuktikan kepada pasukan lamanya ataupun memang keringatnya sudah tidak diperlukan itu adalah lumrah dalam dunia bola sepak.

Setelah dua musim bersama Liverpool, akhirnya, Maxi Rodriguez memilih berhijrah ke kelab Newell’s Old Boys (Argentina) memandangkan peranannya musim lalu di bawah kendalian Kenny Dalglish lebih banyak berada di bangku simpanan berbanding di atas padang.

Menyedari kemasukan pemain baru yang persembahan cemerlang rakan pasukan yang bermain di posisi sayap kiri, pemain yang dilahirkan 2 Januari 1981 menyedari situasi sama bakal dihadapinya musim ini menyebabkannya meninggalkan Anfield.

Jodoh pemain Korea Selatan, Park Ji Sung bersama Manchester United bermula musim 2004-05 akhirnya terlerai juga apabila penyerang ini mengambil keputusan menyertai Queen Park Rangers (QPR) mulai musim ini dengan yuran perpindahan RM2.5 juta. Aksi bertenaga ditonjolkan setiap kali diturunkan dalam perlawanan nyata gagal mengikat hati pengurusnya, Fergie walaupun peminat sering memberikan tepukan gemuruh bila pemain ini diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan.


TEMPOH AKHIR MASIH PANJANG

Menyedari tempoh akhir perpindahan pemain masih panjang dan perlu bertindak bijak, pengurus pasukan pada masa kini dilihat lebih banyak berdiam diri mengenai pemain sasarannya namun percaya suasana perebutan pemain  akan laris menjelang minggu akhir perpindahan pemain.

Mungkin masalah kewangan menyebabkan sesetengah pasukan terpaksa berfi kir panjang sebelum membuat tawaran selain sikap tunggu dan lihat pemain itu sendiri. Semua ini pastinya mendebarkan peminat pasukan masing-masing  sehinggalah tarikh perpindahan pemain berakhir 31 Ogos 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan