Swansea telah membuat tawaran £1.7 juta untuk pemain Rayo Vallecano, Michu tetapi menghadapi persaingan dari kelab besar Liga Perdana.
Midfielder itu dipantau oleh Liverpool dan Manchester United musim ini selepas menjaringkan 15 gol, namun Vallecano bergelut dari segi kewangan dan perlu menjual pemain.
Pada bulan Mac, Sir Alex Ferguson telah menghantar abangnya, Martin, untuk menjalankan penilaian terhadap pemain berusia 26 tahun itu.
Michu, yang merupakan kelahiran Oviedo dan nama penuhnya Miguel Perez Cuesta, turut ditonton secara langsung oleh Ferguson.
Sevilla juga membuat tawaran dan mungkin meminjamnya kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan