Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh
PAHANG mengharapkan final play-off Liga Super menentang Kedah malam ini, berpihak kepada pasukan itu.
Bagaimanapun, pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh menjangkakan tentangan sengit daripada skuad Hijau Kuning yang pasti berjuang bermati-matian bagi mengelak terjerumus ke kancah Liga Perdana, musim depan.
"Saya harap pemain dapat mengekalkan rentak konsisten dan bermain dengan lebih baik dalam perlawanan penentuan nanti memandangkan Kedah bukanlah calang-calang pasukan meskipun prestasi mereka sepanjang saingan Liga Super musim ini dilihat kurang konsisten," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pada masa sama katanya, moral anak buahnya semakin meningkat terutama selepas berjaya menewaskan Sarawak 1-0 dalam perlawanan kelmarin.
Dalam perkembangan lain, kapten Pahang, Mohd Azamudin Akil optimis untuk mencipta kemenangan buat skuad Tok Gajah meskipun turun sebagai pasukan underdog. Tidak merasai sebarang tekanan, Azamudin atau Alex tekad untuk mencipta kejutan sekali gus menghadiahkan kemenangan buat penyokong skuad Tok Gajah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan