Arsenal muncul menjadi pesaing serius untuk midfielder serangan Santos bernilai tinggi, Paulo Henrique Ganso.
Wakil Ganso telah pun maklum dengan minat dari the Gunners dan menunggu tindakan seterusnya kelab utara London tersebut.
Pengurus Arsene Wenger mahu membeli midfielder serangan baru musim panas ini kerana mahu memberikan dimensi baru dalam pasukannya di kawasan serangan dan Ganso menjadi sasaran penting dalam senarai pengurus dari Perancis tersebut.
Gunners brminat membeli pemain yang dikaitkan dengan Chelsea, Oscar – namun Wenger kini menukar perhatiannya terhadap Ganso, 22 tahun.
Pemain Brazil ini – yang memiliki lapan cap antarabangsa – adalah antara prospek terhangat dunia bola sepak dan dikaitkan dengan AC Milan, Chelsea dan Tottenham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan