Sabtu, 21 Julai 2012

AC Milan Intai Matri Sebagai Pengganti Ibrahaimovic



Matri dalam radar Milan

Penyerang Juventus, Alessandro Matri muncul sebagai sasaran utama musim panas AC Milan ketika mereka mahu mengisi kekosongan yang diakibatkan oleh Zlatan Ibrahimovic.

CEO the Rossoneri sebelum ini memberitahu kelab San Siro itu akan menggantikan bintang Sweden tersebut  - yang 28 jaringannya telah menjadikan beliau pemenang kasut emas liga di Itali musim lepas – dengan seorang "juara".

Matri dikira memenuhi ciri-ciri tersebut, selepas memenangi medal kejuaraan Serie A musim lepas namun lebih banyak menghabiskan masanya di bangku simpanan.

Bagaimanapun difahamkan Galliani mencari pemain berprofil tinggi di Eropah, seperti bintang  Manchester City, Edin Dzeko dan Carlos Tevez namun ia terlalu mahal dan sebaliknya menumpukan kepada Matri yang lebih murah.

Walaupun pemain berusia 27 tahun itu tidak sentiasa menjadi kesebelasan utama untuk the Bianconeri, beliau masih lagi mampu menjaringkan 10 gol dari 31 penampilan di musim 2011-12 selepas perpindahan €18 juta dari Cagliari musim panas lepas selepas tempoh pinjaman yang berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan