Sabtu, 21 Julai 2012

Spurs mungkin beralih kepada Cazorla



Cazorla mungkin dilamar Spurs.

Tottenham sedang mempertimbangkan tawaran untuk pemain Malaga, Santi Cazorla dengan Luka Modric berisiko meninggalkan White Hart Lane.

Juara Euro 2012 warga Sepanyol itu telah bercanggahan pendapat dengan kelabnya berhubung isu gaji yang tidak dibayar.

Spurs mungkin menawarkan Cazorla dua kali ganda gaji sekarang, yang mana bermakna pemain berusia 27 tahun itu mungkin meraih £75,000 seminggu.

Malaga membayar sekitar £17 juta untuk membeli midfielder kreatif dari Villareal musim panas lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan