Rabu, 18 Julai 2012

Leverkusen Akan Kekalkan Schurrle


Schurrle... Bukan untuk dijual

Pengurus besar Bayer Leverkusen, Rudi Voller menolak untuk menjual pemain sasaran Chelsea, Andre Schurrle.
 
Schurrle, 21, telah kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea selepas the Blues bakal memperbaiki tawaran mereka untuk khidmatnya selepas laporan menyebut tawaran €20 juta mereka telah ditolak.
 
Bagaimanapun, Leverkusen menegaskan mereka tidak akan melepaskan pemain antarabangsa Jerman yang dibeli dari Mainz pada tahun 2011, musim panas ini.
 
"Tiada alternatif dalam keputusan untuk tidak menjual Andre Schurrle," ujar Voller. "Kami gagal mencari pengganti."
 
"Pemain bersesuaian yang ada terlalu mahal dan untuk itu kami terpaksa mendapatkan pemain yang kurang sesuai dengan harga yang terlalu tinggi. Perkara ini sudah berakhir dan saya juga telah memberitahu Andre."
 
Pengarah Leverkusen, Wolfgang Holzhauser menambah: "Kami tidak menerima sebarang tawaran dari  Chelsea untuk Andre Schurrle. Dan kami sebenarnya tidak mahu lagi berbincang mengenai topik ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan