Naib presiden Palmeiras, Roberto Frizzo mendedahkan bahawa Inter telah menawarkan penjaga gol yang tidak lagi mereka inginkan, Julio Cesar ke kelab Brazil tersebut.
Masa depan penjaga gol Brazil itu di San Siro semakin tidak menentu kebelakangan ini selepas the Nerazzurri membeli Samir Handanovic dari Udinese awal Julai lepas dengan bayaran dilaporkan €11 juta. Julio Cesar sejak dari itu telah memberikan komitmen masa depannya kepada kelab San Siro itu yang disertainya dari Chievo pada tahun 2006, namun pemain berusia 32 tahun itu kekal dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan kelab. "Beliau telah ditawarkan kepada kami tapi kami langsung tidak akan memulakan rundingan kerana beliau terlalu mahal," ujar Frizzo. "Dan Bruno telah dipilih sebagai penjaga gol terbaik di the Copa do Brasil. Kami dalam keadaan baik di posisi tersebut. "Saya bercakap dengan jurulatih Luiz Felipe Scolari apabila Julio Cesar ditawarkan dan beliau berkata beliau tidak mahukan pemain tersebut." Difahamkan Roma sedang mempertimbangkan perpindahan untuk Julio Cesar berikutan permulaan goyah Maarten Stekelenburg dalam kariernya di Stadio Olimpico. |
Ahad, 22 Julai 2012
julio Cesar Ditawarkan Kepada Palmeiras
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan