Ahad, 22 Julai 2012

Vidal kekal komited kepada Juventus



Vidal mahu kekal di Juve.

Midfielder Juventus, Arturo Vidal menegaskan dia gembira di kelab walaupun spekulasi mengaitkannya dengan satu perpindahan ke gergasi La Liga, Real Madrid.

Vidal menikmati musim hebat buat Juve musim lalu dengan dia mengukuhkan kedudukan sebagai pemain penting buat kesebelasan utama Antonio Conte dan membantu pasukannya menjulang kejuaraan Serie A pertama mereka sejak musim 2002/03, selepas kejayaan Scudetto mereka pada 2005 dan 2006 ditarik balik akibat skandal Calciopoli.

Dan ketika persembahan mantapnya di samping Andrea Pirlo dan Claudio Marchisio telah menyebabkan Real mungkin sedang menimbang untuk membuat tawaran terhadapnya, pemain kebangsaan Chile menegaskan dia gembira untuk kekal di kelab.

"Saya tak minat dengan kelab lain," kata Vidal di kem pra-musim Juve. "Saya gembira di Juventus.

"Masalah peha yang ganggu saya pada penghujung musim itu dah berlalu. Saya ok, tapi juga sangat penat.

"Sekarang kami sedang kerja keras untuk sedia hadapi musim baru."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan