Sabtu, 21 Julai 2012

Di Matteo berteka-teki minat Moses


Roberto Di Matteo enggan ulas isu Moses.

Roberto Di Matteo meyatakan dia tidak terlibat dalam pengejaran Chelsea terhadap Victor Moses, namun menggambarkan striker Wigan itu sebagai "prospek menarik".

Chelsea boleh dikatakan mengejar Moses sepanjang musim panas dan pada hari Rabu, pengerusi Wigan, Dave Whelan mengesahkan telah menolak tiga tawaran dari The Blues.

Whelan berkata dia akan mendengar mana-mana tawaran dan dengan Chelsea di pasaran untuk menguatkan skuad mereka, tawaran lain bakal menyusul.

Moses akan menghadapi persaingan sengit untuk tempat di Chelsea, namun bos Blues, Di Matteo merupakan peminatnya.

"Itu sesuatu yang kelab bincangkan," kata Di Matteo ketika ditanya isu minat Chelsea terhadap Moses. "Ketika ini di pemain Wigan."

"Dia ada tempoh yang baik musim lalu. Dia masih muda, prospek menarik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan