AC Milan kini dalam rundingan dengan Kaka tentang kemungkinan kembali ke San Siro, demikian pengesahan oleh wakil pemain di Itali.
Kaka, 30, meninggalkan Milan untuk menyertai Real Madrid pada tahun 2009 dengan yuran €68.5 juta, yang menjadi rekod yuran perpindahan dunia yang baru sebelum kemasukan Cristiano Ronaldo. Namun, rundingan mungkin berlarutan dengan AC Milan mensasarkan membayar sedikit daripada penilaian Real Madrid, €20 juta atau rundingan kontrak pinjaman setahun yang akan melihat tiada yuran dibayar dan hanya gaji 50% disumbangkan oleh The Rossoneri. "Ya, kami bercakap tentang dia," kata Gaetano Paolillo. "Tapi saya tak boleh menambah maklumat lanjut ketika ini." Khabar angin ketibaan pemain warga Brazil kian rancak, dengan pengumuman bahawa AC Milan tidak menamakan No.22 untuk musim akan datang, bermakna bahawa nombor jersi bekas pemain dari Brazil itu sentiasa ada. Potensi ketibaan Kaka disambut positif oleh peminat Milan, yang menderita akibat pemergian Thiago Silva dan Zlatan Ibrahimovic beberapa minggu belakangan ini. Ketibaan Kaka di San Siro mungkin menyaksikan pemergian Antonio Cassano, yang telah menyatakan kemungkinan keluar dari kelab musim panas ini. |
Sabtu, 28 Julai 2012
Ejen:Kaka dalam rundingan Milan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan