Isnin, 23 Julai 2012

Machini:Toure bebas untuk sertai Bursaspor



Toure dibenarkan pergi.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menyatakan Kolo Toure bebas untuk menyertai Bursaspor tetapi mempersoalkan sama ada kelab Turki mampu untuk menandatanganinya.
 
Toure, 31, terpinggir di belakang Joleon Lescott dan Vincent Komapny dalam combinasi pertahanan City musim lalu, dan turut menghadapi persaingan daripada Micah Richards dan remaja Serbia, Stefan Savic.
 
Mancini masih belum meningkatkan pilihan defensif musim panas ini tetapi bersedia untuk melepaskan bekas bek Arsenal dari Eastlands dalam usaha pemain mencari aksi skuad utama.
 
Bursaspor muncul dalam kedudukan sesuai bagi mendapatkan Toure ketika ini, namun Mancini berkata segalanya di tangan pemain, apabila dia tidak pasti sama ada juara Liga Super 2009/10 Turki boleh memenuhi permintaan gajinya.
 
"Terpulang kepada Kolo untuk putuskan sama ada pmahu pergi ke Bursaspor atau tidak," kata Mancini. "Tapi, mampukah mereka memenuhi permintaan?"
 
Toure, yang membuat hanya lapan permulaan Liga Perdana pada 2011/12 telah terlepas lebih separuh kempen pertama akibat penggantungan enam bulan akibat gagal ujian dadah, turut dijangka menjadi sasaran kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan