Khamis, 26 Julai 2012

Sao Paulo harap perjanjian Lucas ke United termeterai


Lucas... Perjanjian bersama United belum dimeterai.

Timbalan presiden Sao Paulo, Joao Paulo de Jesus Lopes berkata dia kekal berharap satu persetujuan dengan Manchester United masih boleh dicapai tentang bintang muda Brazil, Lucas Moura.
 
Agen Lucas menyangkal sepenuhnya perpindahan ke Old Trafford Selasa lalu selepas tawaran €35 juta United ditolak oleh kelab Brazil itu. Namun, Sao Paulo kini mendakwa mereka sedang membuka perbincangan dengan United sebelum jendela perpindahan ditutup.
 
"Saya tak tolak kemungkinan yang di masa depan kami buka perbincangan dengan Manchester United kerana kami terima mereka dengan penuh penghormatan," kata Lopes.
 
"Dan ada kemungkinan mereka datang semula dengan tawaran lain. Tawaran mereka adalah serius. Pasukan lain telah turut luahkan minat untuk Lucas, namun hanya melalui media dari negara mereka."
 
Hak pemilikan ekonomi Sao Paulo terhadap Lucas bakal turun 10% pada 1 Ogos ini, yang akan menyaksikan kelab hilang sekitar €4 juta jika mereka gagal mempersetujui satu perjanjian dalam tempoh beberapa hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan