Pengurus Tottenham, Andre Villas-Boas mahu memburu penyerang prolifik Porto, Hulk.
Pemain Brazil itu telah tiba di London sebagai sebahagian dari kontinjen Olimpik yang bakal menentang Great Britain hari Jumaat ini.
Villas-Boas, yang melatih pemain ini semasa menguruskan Porto, mahukan beliau menjadi pembelian terulung di White Hart Lane dan telah diberikan kebenaran untuk memulakan perbincangan awal.
Penyerang berbadan sasa berusia 25 tahun ini dikatakan hampir pasti menyertai Chelsea musim panas ini dengan Porto meminta £38 juta namun Tottenham berharap dapat meyakinkan beliau dengan prospek aksi regular kesebelasan utama dan berunding mengurangkan harga dengan Porto.
Hulk mahukan bayaran gaji sekitar £100,000 seminggu namun Tottenham telah pun memecahkan rekod bayaran gaji serupa untuk Emmanuel Adebayor.
|
Khamis, 19 Julai 2012
AVB Mahu Tewaskan Chelsea Dapatkan Hulk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan