Tottenham Hotspur akhirnya telah diberi lampu hijau membeli Jan Vertonghen dari Ajax dan pemain antarbangsa Belgium itu kini bersedia dengan cabaran baru di Liga Perdana Inggeris.
Vertonghen, 25, bertelingkah dengan kelabnya mengenai bahagian dari yuran perpindahannya berdasarkan terma dalam kontrak semasanya. Namun selepas beberapa ketika, ia akhirnya diselesaikan dan pemain pertahanan itu kini boleh berpindah ke England.
Kenyataan di laman sesawang Spurs berbunyi: "Kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami telah mencapai persetujuan dengan Ajax untuk perpindahan Jan Vertonghen, bergantung kepada pemeriksaan perubatan.
"Kempen musim 2011-12 merupakan kempen paling sukses untuk pemain antarabangsa Belgium itu setakat ini – dinamakan sebagai kapten Ajax di awal musim dan kemudian mengemudi kelab Belanda itu menjuarai liga dua musim berturut-turut.
"Aksi cemerlang bek tengah ini tidak dibiarkan begitu saja apabila dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Ajax dalam musim yang menyaksikan beliau menjaringkan 10 gol dari 37 perlawanan. Secara keseluruhannya, Jan bermain dalam 220 perlawanan dan menjaringkan 28 gol untuk Ajax sejak mencipta debutnya untuk mereka di tahun 2006."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan