Mark Hughes masih belum selesai dengan kempen berbelanjanya di QPR.
Pengurus Rangers itu baru sahaja menyelesaikan urusan pembelian £2.5 juta untuk midfielder Manchester United, Park Ji-Sung.
Ia telah menjadi pembelian keenam the Hoops sepanjang musim panas ini – selepas ketibaan Rob Green, Ryan Nelsen, Samba Diakite, Andrew Johnson dan Fabio.
Namun jurulatih pasukan remaja Rangers, Marc Bircham mendedahkan Hughes masih meletakkan sasaran mendapatkan beberapa pemain berprofil tinggi.
Bircham memberitahu: "Park hanya akan menjadi salah seorang darinya."
"Saya fikir musim lepas segala-galanya mengenai survival. Beliau tiba dan membawa kami kekal di Liga Perdana Inggeris dan kini membina asasnya."
"Saya fikir akan ada beberapa pembelian besar sebelum permulaan musim baru."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan