Sasaran Manchester United, Lucas Moura mengakui dia mungkin menuju jalan keluar Sao Paulo.
Bintang Brazil, 19, dikaitkan dengan langkah wang besar ke Old Trafford musim panas ini.
Gergasi Itali, Inter Milan juga berminat terhadap midfielder berbakat, yang nampaknya bersedia untuk beralih ke Eropah.
Moura berkata, "Saya tak boleh jamin yang saya akan kekal sehingga akhir kontrak. Banyak yang telah berubah dan situasi bukan atas saya lagi."
"Saya tahu ayah dan ejen saya telah berunding (bersama Inter), tapi saya tak tahu apa yang dikatakan."
Moura, midfielder serangan dengan visi gol, akan merasai bagaimana hidup di England apabila dia bersaing di Sukan Olimpik dalam tiga minggu lagi.
Dia pada awalnya memberi amaran kepada kelab luar bahawa dia mahu kekal di Brazil sehingga negaranya menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2014.
Namun, pemain yang telah membuat 15 penampilan antarabangsa sejak langkah 'U-turn' dramatik kini seolah-olah terbuka kepada perpindahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan