Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan Fiorentina telah membuat tawaran untuk penyerang Marouane Chamakh.
Chamakh, 28, telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas meninggalkan Arsenal selepas gagal menyerlah di musim keduanya bersama kelab.
Pemain antarabangsa Maghribi yang menyertai the Gunners dari Bordeaux secara percuma pada 2010, hanya menjaringkan satu gol dalam semua kejohanan di musim 2011-12.
Difahamkan Wenger terbuka mendengar tawaran untuk menjualnya selepas membawa masuk Lukas Podolski dan Olivier Giroud dan beliau telah pun mengesahkan tawaran Fiorentina.
"Fiorentina meminta maklumat mengenai statusnya dan membuat tawaran," kata Wenger.
Wenger menerima berita kecewa minggu lepas apabila penyerang utamanya, Robin van Persie idak akan menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan