Manchester City telah memulakan rundingan dengan AC Milan berhubung potensi penjualan Edin Dzeko ke kelab Serie A tersebut.
Penyerang tersebut baru saja tiba di Eastlands pada Januari tahun lepas dengan harga £27 juta dari Wolfsburg namun beliau semakin kecewa kerana kegagalan menjadi kesebelasan utama pasukan kendalian Roberto Mancini.
The Rossoneri berusaha keras mendapatkan rakan sepasukan Dzeko, Carlos Tevez pada Januari lalu dan dikatakan turut berminat dengan Mario Balotelli sejak akhir musim lepas.
Bagaimanapun kelab San Siro itu putus asa mendapatkan bekas pemain Corinthians tersebut dan malahan langsung tidak menyebut namanya semasa perbincangan dengan juara Liga Perdana Inggeris tersebut di Milan di antara 4 dan 5 Julai lepas.
Namun kelab gergasi Serie A itu meminati Dzeko, hanya untuk City tidak mahu menanggung kerugian besar di atas pelaburan mereka terhadap pemain berusia 26 thun itu. Apa pun City tetap berusaha untuk melepaskannya kerana memiliki bahagian serangan yang cukup penuh.
Hasrat mereka semakin kuat dengan fakta bahawa Dzeko, penyokong Milan sejak dari kecil, lebih berminat ke San Siro berbanding ke Turin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan