Rabu, 11 Julai 2012

Bayern Sangkal Khabar Angin Pirlo


Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menyangkal laporan bahawa kelab Bavaria itu berminat membeli bintang Juventus, Andrea Pirlo.
 
Pirlo, 33, adalah antara pemain yang cemerlang di Kejohanan Eropah musim panas ini, menimbulkan laporan di Itali bahawa Bayern sedia mengemukakan tawaran untuk pemain tersebut.
 
Namun Rummenigge telah menafikan kelab telah berbincang dengan pihak lain mengenai potensi perpindahan.
 
"FC Bayern tidak pernah membuat tawaran kepada Juventus, begiu juga FC Bayern tidak pernah menghubungi pemain itu atau ejennya,'' Rummenigge memaklumkan di laman sesawang Bayern.
 
Bayern telah membuat enam pembelian, termasuk midfielder Switzerland, Xherdan Shaqiri, semasa jendela perpindahan musim panas ini dan difahamkan tidak mahu menambah pemain lagi sebelum permulaan musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan