Sabtu, 14 Julai 2012

Roma Bertanyakan Tentang Destro



Destro diperhati Roma

Roma adalah antara beberapa pasukan yang melihat kemungkinan pembelian penyerang Mattia Destro, menurut presiden Genoa, Enrico Preziosi.

Destro, 21, dipinjamkan ke Siena dari Genoa musim lepas, menjaringkan 13 gol dari 30 perlawanan Serie A untuk menarik minat dari kedua-dua kelab Milan, Juventus dan kini, Roma.

"(Pengarah sukan Roma, Walter) Sabatini telah bertanyakan tentang Destro,'' ujar Preziosi. "Minggu hadapan kami akan bertemu Siena untuk membincangkan situasi."

Laporan menyebut bahawa  Roma mampu membiayai perpindahan untuk Destro, yang ketika ini dimiliki bersama oleh Genoa dan Siena, dengan menjual penyerang muda Fabio Borini – sasaran terbaru pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.

Destro memiliki kontrak bersama the Genoa sehingga Jun 2015, selepas menyertai kelab dari Inter Milan pada musim panas 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan