Sabtu, 14 Julai 2012

Saya tiada hasrat untuk tinggalkan Bayern



Muller tidak berhasrat untuk tinggalkan Bayern.

Pemain tengah menyerang Bayern Munich, Thomas Muller telah bertindak menyangkal laporan yang mengatakan dia mungkin dalam perjalanan keluar daripada gergasi Bavaria itu muim panas ini.

Pemain berusia 22 tahun itu bergelut untuk menemui prestasi musim lalu, dan seterusnya kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama kepada Toni Kroos untuk perlawanan-perlawanan penting seperti dua aksi separuh akhir Liga Juara-juara menentang Real Madrid.

Sebelum Euro 2012, dia mengakui yang dia menimbang untuk berpindah ke gergasi Serie A, Inter, namun telah kini mengesahkan komitmennya kepada kelab yang disertainya sejak remaja itu.

"Sesiapa yang kenali saya tahu yang Bayern adalah kelab saya," katanya.

"Saya bukan jenis orang yang gemar duduk dan habiskan kontrak jika situasi di kelab tak menyenangkan, namun saya langsung tiada hasrat untuk berpindah buat masa ini.

"Saya seorang pemain Bayern sejati, dan ini takkan berubah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan