Sabtu, 14 Julai 2012

Pilihan Kaka Kembali Ke Itali hanya Napoli


Kaka gagal raih perhatian Mourinho di Madrid.

Ahli politik Itali, Clemente Mastella yakin Napoli adalah satu-satunya pilihan realistik buat Kaka jika dia mahu kembali ke Serie A.

Midfielder Real Madrid itu menghadapi persaingan sengit untuk kesebelasan utama di pasukan juara Liga dan telah dikaitkan dengan perpindahan keluar kelab musim panas ini.

Namun, Mastella, yang berkhidmat selaku menteri buruh di bawah Silvio Berlusconi dari Mei 1994 sehingga Januari 1995, merasakan situasi di pasaran perpindahan membuka jalan untuk Napoli memasuki perlumbaan.

"Ada kemungkinan bahawa Kaka akan pergi ke Napoli," kata Mastella.

"Napoli belum bercakap dengan Real Madrid, tapi ia akan menjadi pilihan terbaik untuk Kaka jika dia mahu kembali ke Itali."

"AC Milan tiada wang untuk menandatanganinya, Juventus juga mustahil, dan langkah ke Inter mungkin tak praktikal."

Kaka, 30, membuat 93 penampilan untuk The Blancos sejak ketibaannya tiga tahun lalu, menjaringkan 24 gol, dan di bawah kontrak dengan kelab itu sehingga 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan