Sabtu, 14 Julai 2012

Ejen Sneidjer Nafikan Berita Anzhi



Sneijder nafi perpindahan ke Rusia

Ejen Wesley Sneijder telah menafikan spekulasi mengaitkan pemain antarabangsa Belanda itu dengan perpindahan ke kelab Russia, Anzhi Makhachkala.

Berita di Russia mengandaikan Anzhi semakin hampir mempersetujui terma dengan Inter Milan untuk mendapatkan Sneijder, 28, secara perpindahan percuma.

Bagaimanapun ejen Sneijder, Soren Lerby, memberitahu: "Tiada yang benar dalam berita itu, ia hanya khabar angin. Tiada yang berlaku di antara Anzhi dan Wesley."

Inter sebelum ini mencapai persetujuan dengan Anzhi selepas perjanjian penjualan £18.4 juta penyerang Cameroon, Samuel Eto'o  musim panas lepas.

Sneijder, yang masih ada kontrak dengan Inter sehingga Jun 2015, menjaringkan empat gol dari 20 penampilan liga untuk the Nerazzurri musim lepas dan masa depannya menjadi pertikaian minggu kebelakangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan