Pemain sasaran Inter Milan yakni pemain antarabangsa Brazil, Paulinho telah menyatakan hasratnya untuk terus berada di Corinthians.
Paulinho, 23, kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Serie A musim panas ini dengan Inter Milan adalah antara kelab yang berminat mendapatkan midfielder tersebut.
"Corinthians sedang melakukan segala-gala yang mereka mampu untuk mengekalkan saya," ujar Paulinho. "Saya mahu kekal di sini dan saya berharap masa depan saya dapat diselesaikan dengan seberapa segera supaya saya boleh bermain tanpa gangguan.
"Inter tidak bercakap dengan saya secara terus tapi mereka telah bercakap dengan wakil saya. Saya mahu memberikan hadiah kepada Corinthians kerana kesanggupan mereka untuk mengekalkan saya.
"Ke mana saya pergi, saya akan berusaha untuk menang. Ia bukan kerana wang, saya hanya mahu bermain bola."
Paulinho dibeli Corinthians dari kelab liga bawahan, Bragantino dua tahun yang lalu dan cemerlang di divisyen teratas Brazil dengan membantu kelab memenangi kejuaraan Copa Libertadores buat kali pertama awal bulan ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan