KELAB Fulham akhirnya menandatangani perjanjian dengan penyerang Colombia, Hugo Rodallega untuk satu tempoh selama tiga tahun.
Difahamkan, pemain berusia 26 tahun itu dipindahkan secara percuma dari Wigan selepas melihat kontrak di Stadium DW.
"Saya mahu tinggal di England. Jadi dengan pemindahan ini jelas menggembirakan saya kerana akhirnya saya berpeluang untuk bersama Fulham.
"Dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan peminat Wigan Athletic yang memberi sokongan selama saya berada di sana," kata Rodallega yang teruja untuk menjalani latihan bersama skuad Fulham musim depan.
Tambah Rodallega, "saya berharap dengan berkhidmat di Fulham nanti ia akan memberi lembaran baru dalam kerjaya saya dalam arena bola sepak."
Sementara itu, Pengurus Fulham, Martin Jol jelas gembira dengan pemindahan Rondallega ke Fulham musim depan.
"Rodallega seorang pemain yang berbakat. Beliau sangat penting dalam kelab ini. Jadi, saya yakin dengan mengambil beliau dalam kelab Fulham, ia akan membantu kami dalam menambah kualtiti sekali gus menaikkan imej Fulham nanti.
"Oleh itu, saya berharap Rodallega akan melakukan yang terbaik dan menyumbang tenaga kepada Fulham," kata Martin.

Penyerang Colombia, Hugo Rodallega bekas pemain Wigan menyertai Fulham untuk musim hadapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan