Sabtu, 14 Julai 2012

Perkauman: Terry tidak bersalah

London: Kapten Chelsea, John Terry (atas) semalam didapati tidak bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan berbaur perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand.

Ketua Majistret, Howard Riddle menyatakan keputusan itu dalam ruang mahkamah yang cukup sesak pada penghujung minggu perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Majistret Westminster. Terry, 31, dituduh mengeluarkan kata-kata carutan termasuk menghina warna kulit Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kedua-dua pasukan, 23 Oktober tahun lalu. 
Menurut Riddle, kes terbabit tidak berkaitan mengenai sama ada Terry dianggap bersifat perkauman dalam erti kata perkataan yang dituturnya itu.

Jelasnya, dia sudah mendengar banyak bukti mengatakan bahawa Terry tidak berniat sedemikian.

“Ia dapat difahami kenapa Terry mahu menegakkan perkara ini kerana reputasinya menjadi pertaruhan dalam kes ini,” kata Riddle.

Penyokong Terry di galeri awam bersorak sebaik keputusan dibacakan, manakala kapten Chelsea itu kemudian terus beredar meninggalkan mahkamah menuju ke kereta yang menunggu tanpa bercakap kepada wartawan dan jurugambar. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan