Jumaat, 13 Julai 2012

'Ghaddar tumbuk saya dulu'


Bunyamin UmarBunyamin Umar
Penyerang import itu dikatakanyang memulakan provokasi

KUALA LUMPUR: Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar didakwa memulakan provokasi terlebih dahulu sebelum tercetus 'kekasaran melampau' ke atasnya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu. “Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” kata pemain Selangor, Bunyamin Umar, semalam. 
“Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” - Bunyamin Umar, pemain Selangor.
Bunyamin, 24, seorang daripada pemain yang terbabit dalam insiden itu berkata, dia membuat penjelasan bagi mempertahankan dirinya selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampil menyerahkan bukti rakaman video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahad lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan