Jumaat, 13 Julai 2012

Juventus harus beli pemain hebat untuk berjaya di liga juara-juara


Vialli mahu Juventus lengkapkan perpindahan besar.

Gianluca Vialli yakin Juventus akan melancarkan cabaran serius dalam Liga Juara-juara, namun hanya jika mereka berjaya menandatangani seorang lagi pemain "atasan".
 
The Bianconeri kembali dalam persaingan kelab elit UEFA selepas memenangi gelaran Serie A pertama mereka sejak skandal Calciopoli 2006, pada tahun pertama Antonio Conte bertanggungjawab.
 
Striker Arsenal, Robin van Persie dan tonggak Napoli, Edinson Cavani kini dikaitkan dengan Juventus, dan Vialli merasakan kelab yang berpangkalan di Turin perlu fokus kepada pembelian eksklusif.
 
"Saya suka skuad yang sedang dibina, kelab telah membuat pembelian yang baik dan jika pemain ternama tiba, saya rasa mereka boleh menjadi lebih berdaya saing, bukan sahaja di Itali, tapi juga di Eropah," kata Vialli.
 
Juventus begitu sibuk di dalam pasaran perpindahan musim panas, membelipemain seperti Lucio dan Sebastian Giovinco ketika Conte mahu membinaskuadnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan