Jumaat, 13 Julai 2012

Ibrahimovic bakal jadi pemain termahal


Ibrahimovic diminati PSG.

Zlatan Ibrahimovic bakal menjadi pemain termahal dalam sejarah selepas tawaran Paris Saint-Germain untuk striker AC Milan itu.
 
Gergasi Perancis, yang diuruskan oleh bekas pengurus Chelsea dan Milan, Carlo Ancelotti mengemukakan tawaran bersama £51 juta untuk Ibrahimovic dan Thiago Silva.
 
Laporan menyebut bek Brazil berusia 27 tahun itu akan menolak tawaran, namun jika sebahagiannya bernilai £32 juta untuk Ibrahimovic berlaku, bermakna striker Sweden berusia 30 tahun akan menelan belanja sekitar £150 juta, berikutan tempoh bersama dengan Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona dan AC Milan.
 
PSG telah diambil alih oleh pelabur jutawan Qatar tahun lepas dan kelab mengumumkan pembelian striker Napoli, Ezequiel Lavezzi pada harga yuran yang dilaporkan bernilai £24 juta musim panas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan