Barcelona sedang mengintai peluang membuat kejutan mendapatkan Yohan Cabaye.
Kelab gergasi Sepanyol itu sedang memikirkan bidaan £8 juta untuk pemain Newcastle, Cabaye, 26, atau rakan sepasukan midfielder itu dalam pasukan Perancis, Yann M’Vila, 22.
Bagaimanapun sumber di kelab Catalan itu memaklumkan mereka lebih berminat dengan Cabaye, yang baru menyertai the Magpies musim panas lepas dengan kontrak lima tahun pada harga £4.3 juta dari Lille.
Pengurus Toon, Alan Pardew pasti keberatan melepaskan Cabaye namun risau minat dari Barca akan menyebabkan pemain itu dalam ketidaktentuan.
|
Jumaat, 13 Julai 2012
Barca Harap Dapat Miliki Cab
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan