Sabtu, 14 Julai 2012

Joao mungkin pergi


Moutinho bakal tinggalkan Porto musim panas ini.

Bos Porto, Vitor Pereira mengakui sasaran Tottenham, Joao Moutinho bakal meninggalkan kelab musim panas ini.

Pengurus baru Spurs, Andre Villas-Boas semalam mendedahkan minatnya buat midfielder Portugal itu.

Dan Pereira hari ini membayangkan Moutinho, 25, mungkin dalam perjalanan, jika salah satu kelab besar Eropah mampu mencetuskan klausa pelepasan £31.5 juta dalam kontraknya.

Dia berkata, "Saya tak bercakap dengan Villas-Boas tetapi ia normal jikadia sukakan Moutinho. Saya suka dia juga."

"Kelab tak boleh jual begitu saja. Kami benar-benar mahu dia kekal, tapi ini bola sepak dan terdapat klausa pelepasan."

"Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan adalah mencapai keputusan dengan apa yang kami ada."

Villas-Boas telah menandatangani Moutinho dari Sporting Lisbon ketika dia menjadi pengurus Porto pada tahun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan